Amali Ibadah Haji SMK Senawang 2013
Langkah
itu bertujuan memastikan semua jemaah haji selesa mengerjakan ibadat
tersebut. Sebabnya, jika tidak dihadkan, bilangan jemaah haji setiap
tahun pasti meningkat dengan banyaknya sehingga menyukarkan beribadat
dengan sempurna.
Pada
masa yang sama, kuota itu juga memberi masa secukupnya untuk
bakal-bakal haji mendalami selok-belok dan hukum hakam berkaitan manasik
haji.
Sebabnya,
haji biarpun mudah disebut, tetapi adalah ibadat yang paling sukar
dilaksanakan kerana memerlukan kefahaman secukupnya selain kekuatan
fizikal dan mental.
Penganjuran
program Amali haji dan umrah yang diadakan di
Sekolah SMK Senawang semalam mendapat sambutan menggalakkan
dengan penyertaan seramai 150 orang. Program ini merupakan Prgram
tahunan yang di anjur oleh Panitia Pendidikan Islam SEMSE untuk pelajar
tingkatan 4.
Pada program ini, para peserta diberi pendedahan mengenai ibadah serta
amalan sunat yang dilakukan sepanjang berada di tanah suci Mekah dan
Madinah. Program ini merangkumi dua sesi iaitu pada sesi pertama para
peserta didedahkan dengan teori tentang ibadah haji dan pada sesi kedua
merangkumi amali haji bermula dengan memakai kain ihram hingga selesai
menunaikan ibadah haji. Di akhir program penceramah mengadakan kuiz bagi
membuat pengukuhan tentang amali yang telah diikuti oleh para peserta.
Guru
ketua panitia pendidikan islam Ustaz Azhar B Sufin berkata, program
ini memberi peluang terbaik untuk memberi pendedahan asas
mengenai kepentingan ibadah haji serta umrah.
''Bagi murid-murid, kami sebenarnya berharap pendedahan awal ini
dapat memberi pengetahuan mengenai aspek praktikal dalam ibadah haji dan
umrah."
''Secara tidak langsung, ia juga dapat menggalakkan semangat
bekerjasama di samping melatih murid-murid untuk menjadi lebih
berdisiplin dan bertanggungjawab.''
"Adalah
diharapkan para pelajar akan dapat memahami dan membayangkan keadaan
sebenar di Mekah dengan adanya modul-modul dalam kursus ini," katanya.
No comments:
Post a Comment