Marilah
kita bersama-sama merenungi sepotong ayat yang difirmankan oleh Allah
s.w.t. di dalam surah Al-Nisa iaitu ayat 136 yang bermaksud: Wahai orang
yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan
(kepada) kitab (Al-Quran) yang telah diturunkan kepada Rasulnya
(Muhammad) dan juga kepada kitab-kitab suci yang telah diturunkan dahulu
daripada itu.
Dan
sesiapa yang kufur (ingkar) kepada Allah dan malaikat-malaikat-Nya dan
kitab-kitab-Nya dan Rasul-rasulnya dan hari akhirat, maka sesungguhnya
ia telah sesat dengan kesesatan sejauh-jauhnya.
Ayat
ini menunjukkan bahawa beriman kepada kitab suci Al-Quran dan
menjadikan isi kandungannya sebagai pedoman dan panduan hidup kita
merupakan suatu kewajipan bagi kita. Tidak ada seorang mukmin pun yang
boleh mengatakan bahawa isi dan suruhan di dalam Al-Quran sudah tidak
sesuai di zaman moden ini. Bagi mereka yang mengatakan sedemikian dengan
bermaksud menghina dan memperkecilkan isi kandungan Al-Quran
sesungguhnya ia telah sesat di akhirat kelak, Allah menyediakan untuknya
azab.
Marilah
kita bertanya kepada diri kita, sejauh manakah usaha kita untuk
menambah keimanan dan keyakinan kita dengan menjadikan Al-Quran sebagai
pedoman dan petunjuk dalam kehidupan kita sehari-hari dan sejauh manakah
usaha kita untuk menghayati isi dan kandungan Al-Quran yang diturunkan
sebagai petunjuk dan hidayah untuk umat manusia.
Untuk
melihatkan bahawa kita benar-benar beriman dan yakin terhadap isi dan
kandungan Al-Quran tersebut perlulah ada pada diri kita berapa ciri
sebagai tanda dan ukuran. Ciri yang dimaksudkan itu ialah:
Yang
pertama, hendaklah kita sentiasa membaca dan berusaha menghafalnya.
Dengan membaca Al-Quran ia dapat menambah kebersihan jiwa, ketenangan,
kaimanan dan ketakwaan kepada Allah. Dengan membaca Al-Quran itu juga
kita akan mendapat ganjaran pahala dan syafaat dari Allah, sebagaimana
maksud sabda junjungan kita nabi Muhammad s.a.w.: "Bacalah Al-Quran,
sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada
pembacanya".
Ciri
yang kedua pula ialah Al-Quran itu hendalah di baca dengan tertil iaitu
dengan bacaan yang terang, jelas dan betul mengikut ilmu tajwid.
Memperelokkan suara ketika membaca Al-Quran akan menjadikan bacaan
tersebut menyusuk ke dalam jiwa lalu menyentuh perasaan pendengarnya.
Ciri yang ketiga ialah hendaklah kita sentiasa meneliti makna-makna ayat
Al-Quran, memahami kandungan dan pengertian yang disampaikan dalam
Al-Quran itu. Allah berfirman dalam surah Muhammad ayat 24:
Yang
bermaksud: Maka apakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta
memikirkan isi Al-Quran? atau telah ada di atas hati mereka kunci
penutup yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran.
Ciri
yang keempat, hendaklah Al-Quran itu diajarkan kepada semua umat Islam
iaitu disebarkan Al-Quran dengan seluas-luasnya agar mereka juga akan
dapat terus melaksanakan tanggungjawab mengamalkan dan memelihara kitab
Allah tersebut dari satu generasi ke satu generasi selanjutnya.
Mempelajari dan seterusnya mengajarkan Al-Quran itu merupakan sunah
suruhan Rasulullah s.a.w. sebagaimana anjuran baginda dalam sabdanya
yang bermaksud: Sebaik-baik kamu ialah mereka yang mempelajari Al-Quran
dan mengajarkannya.
Seterusnya
hendaklah kita berusaha mengamalkan segala isi kandungan Al-Quran
tersebut. Inilah munafaat dan faedah yang paling penting dan besar yang
dapat kita nikmati dan perolehi daripada Al-Quran setelah kita memahami
isi kandungan. Amatlah buruk sekali jika kita hanya mengetahui isi
kandungan Al-Quran dan memperkatakannya, tetapi kita gagal atau tidak
mahu beramal dengannya. Allah s.w.t. berfirman:
Yang
bermaksud: Wahai orang yang beriman! mengapa kamu memperkatakan apa
yang kamu tidak melakukannya? amat besar kebenciannya disisi Allah, kamu
memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
Marilah
kita hiasi hidup kita ini dengan memahami dan menghayati isi kandungan
Al-Quran. Kita munafaatkan hidup kita dengan membaca, menghafal,
mempelajari segala petunjuk yang terkandung di dalamnya, memahaminya
serta menghayati dan mengamalkan segala ajaran yang ada di dalamnya.
Semoga Allah mencurahkan kepada diri kita, anak-anak kita dan
isteri-isteri kita keberkatan dan keredhaannya sepanjang hayat kita di
dunia dan kita mendapat kebahagiaan di akhirat nanti.
Kita
pada hari ini sewajibnya bersyukur kehadrat Allah s.w.t. kerana dengan
sifat pemurahnya kita tidak dibiarkan hidup sendirian dan kita tidak
dilepas hidup tanpa panduan. Kita dibekalkan oleh Allah dengan kitab
suci Al-Quran Al-Karim untuk membimbing dan memandu kita dalam
menghadapi hidup dibumi ini. Kita dijadikan dan diwujudkan oleh Allh
s.w.t. dimuka bumi ini adalah untuk bekerja dan beramal mengikut panduan
dan pengajaran yang diberikan oleh Al-Quran. Dan Allah juga yang
memerhati dan menilai segala perbuatan kita itu. Kita sendiri tidak
mempunyai kuasa untuk menilai perbuatan kita dan kita juga tidak diberi
kuasa untuk membalas perbuatan kita sendiri.
Marilah
sama-sama kita mempelajari Al-Quran, menadah dan membaca makna dan
pengajaran Al-Quran dan seterusnya beramal dan bekerja mengikut
Al-Quran, kerana Al-Quran adalah panduan hidup kita.
Yang
bermaksud: Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk kejalan yang
lebih lurus dan memberikan khabar gembira kepada orang yang beriman yang
mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.
No comments:
Post a Comment