KUTTAB
Tempat-tempat
belajar sebelum sekolah didirikan ( sebelum Islam ) ialah di rumah
guru, di bawah pokok, gua-gua dan tempat sembahyang.Tempat belajar ini
di panggil Kuttab iaitu tempat belajar pelajaran rendah asas seperti
mengajar membaca dan menulis huruf-huruf Arab.Orang Makkah yang
mula-mula sekali belajar di Kuttab ini ialah Sufian bin Umaiyah bin Abdi
Syam dan Abi Qais bin Abdul Manaf . Mereka ini belajar sehingga Islam
datang iaitu semasa Nabi menerima wahyu dan sepanjang waktu tersebut (
tahun 571-600 ) hanya 17 orang sahaja yang pandai menulis dan membaca .
Di antara mereka ialah Muawiyah bin Abi Sufian, Zaid bin Harithah,
Othman bin Affan dan Zaid bin Thabit.
Rasulallah s.a.w. menerima wahyu melalui malaikat Jibril , seorang Nabi yang tidak pandai membaca dan menulis hanya
menghafal wahyu yang diturunkan kemudian di ajarkannya. Sepanjang ayat
Al Quran turun selama 23 tahun, orang-orang yang pandai membaca dan
menulis itu berada di samping nabi untuk mencatit surah-surah tersebut
dan juga mengajar orang lain membaca dan menulis dengan menjadikan ayat Al Quran sebagai buku teks mereka.
Setelah
agama Islam berkembang maka Kuttab tempat belajar Al Quran dan
pokok-pokok agama Islam diwujudkan, iaitu di akhir abad pertama dan
permulaan abad kedua Hijrah. Khusus untuk mengajar Al Quran, fiqeh Islam
dan ilmu-ilmu Al Quran.
Kuttab yang masyhur ialah kuttab Abul Qasim AlBalkhi, jumlah murid yang belajar disana ialah 3000 orang. Sewaktu
mengajar , dia terpaksa menunggang keldai mundar mandir mengawasi
murid-muridnya. Abad kedua Hijrah dan seterusnya bertambah pesat
pertumbuhan kuttab dan guru-guru Al Quran sehingga setiap kampung mesti
ada sebuah kuttab atau lebih. Kebanyakkan pelajaran-pelajaran yang
diajarkan di kuttab-kuttab ini ialah Al Quran, cerita-cerita orang-orang
soleh dan orang-orang Ahlul bait juga hukum-hukum Islam, hadith, tafsir
dan tauhid. Di Afrika Utara anak-anak perempuan diwajibkan menghafaz surah An Nur.
Guru-guru
yang masyhur yang mengajar Al Quran dan pokok-pokok agama Islam di
kuttab-kuttab ialah AdDhahaak bin Muzahim tahun 105 Hijrah, Al Kumaits
bin Zaid tahun 126 Hijrah dan Abdul Hamid bin Al Katib tahun 132 Hijrah.
Mereka ini memulakan kerjaya sebagai guru biasa mengajar Al Quran dan
syair-syair, kemudian dinaikkan pangkat oleh sultan atau khalifah ke
darjat yang paling tinggi. Ini menunjukkan bahawa pemerintah Islam
dahulu sangat sukakan ilmu pengetahuan terutama dalam bidang ilmu
kesusasteraan.
PENDIDIKAN RENDAH DI ISTANA-ISTANA
Sistem pendidikan ini dimulakan oleh khalifah Abdul Malik bin Marwan dan khalifah Al Walid bin Abdul Malik. Mereka
berdua ini telah memanggil guru untuk mengajar putra-putra mereka di
istana. Guru yang mengajar ialah Al Hajjaz bin Yusuf As Saqafi.
Pendidikan
rendah di istana ini lebih luas daripada pendidikan di kuttab di mana
sukatan pelajaran atau rancangan pelajaran disusun atau dirancang
sendiri oleh orang tua murid-murid. Mereka juga ikut membantu guru yang
mengajar membuat rancangan pelajaran . Tujuannya supaya selaras diantara
pelajaran dengan taraf pemikiran anak-anak mereka.Guru yang mengajar di
istana dipanggil mu`adib. Perkatan mu`adib berasal dari
perkataan adab yang bererti budi pekerti dan juga bererti meriwayatkan.
Mereka dipanggil mu`adib kerana berperanan mendidik budi pekerti
putra-putra raja dan meriwayatkan kisah-kisah orang-orang bijak pandai
dahulu kala. Mereka ini akan belajar hingga dewasa dan supaya menyambung
pelajaran ke sekolah-sekolah atau masjid-masjid.
MASJID
Fungsi
masjid menurut fahaman kaum muslimin dimasa permulaan Islam adalah amat
luas. Mereka telah menjadikan masjid itu untuk tempat beribadat, tempat
pengadilan, tempat tentera memberi pelajaran, tempat tentera berkumpul
dan tempat menerima duta-duta dari luar negeri. Oleh kerana itu mereka
segera mendirikan masjid-masjid untuk tujuan seperti diatas, terutama
untuk menampung keramaian penuntut. Mereka menamakan masjid `Baitullah’
kerana dalam nama itu terkandung suatu pengertian iaitu untuk memasuki
masjid itu tidak perlu meminta izin terlebih dahulu kerana ia adalah
`rumah Allah’.
Masjid yang mula-mula sekali didirikan sesudah Islam ialah masjid Quba
, selain digunakan untuk bersembahyang masjid ini digunakan untuk
tempat belajar dan disini juga nabi mengajar sahabat-sahabat baginda
tentang urusan –urusan agama dan urusan dunia. Sesudah itu banyaklah
masjid-masjid didirikan dan diceritakan bahawa di abad ketiga Hijrah
kota Baghdad dipenuhi dengan 30,000 buah masjid.
Di
antara masjid-masjid yang masyhur dalam Islam ialah Jamek Al Mansur
didirikan oleh khalifah Al Mansur pada tahun 145 Hijrah, Masjid Damascus
di Syria dibina oleh khalifah Al Walid, Jamek Amru di Mesir dibangunkan
oleh Amru bin Al As pada tahun 21 Hijrah.
SEKOLAH-SEKOLAH
Pelajaran-pelajaran
Islam makin lama makin bertambah menarik minat orang ramai dan
bertambah pula jumlah penuntutnya datang belajar ke masjid-masjid.
Keadaan
ini sekiranya dibiarkan akan bertambah sempitlah ruangan masjid dan
guru-guru yang mengajar dengan suara yang nyaring sedikit sebanyak akan
menganggu orang-orang yang sedang beribadat. Demikian juga dengan
pelajaran-pelajaran dimana telah banyak dan sedang mengalami perubahan
mengikut peredaran zaman. Ada diantara matapelajaran itu berbentuk
soaljawab, perdebatan, perbahasan dan perbincangan. Kaedah ini tidak
sesuai dijalankan dimasjid-masjid tempat orang-orang beribadat.
Menyedari hakikat ini maka didirikanlah sekolah-sekolah untuk mengajar
secara formal dan memberi peluang kepada orang yang bekerja sebagai guru
sepenuh masa untukmengajar disekolah-sekolah dengan pendapatan tetap
sebab paling utama sekolah didirikan selain yang tersebut tadi ialah
untuk mnegajar umat Islam mengenai ajaran Islam yang sebenarnya, dan
untuk menghapuskan fahaman syiah yang disebarkan oleh kaum Bani Buwaih
dan kaum Fatimiyyin. Ajaran syiah ini tersebar luas sekitar negeri Iraq,
Syria dan Mesir. Usaha mendirikan sekolah ini dilakukan oleh kaum
Saljuk dan Ayubiyyin. Mereka ini menganut mazhab Ahli
Sunnah. Tujuannya ialah untuk mensucikan jiwa orang Islam dari
kepercayaan-kepercayaan syiah disamping itu untuk memberi ilmu
pengetahuan yang sempurna kepada umat Islam.
Orang
yang mula-mula mendirikan sekolah didunia Islam ialah seorang perdana
menteri Bani Saljuk bernama Nizamul Muluk. Sekolah yang didirikan diberi
nama Nizamiyyah Baghdad siap pada tahun 1459 Hijrah letaknya dipinggir
sungai Tigris.
Setelah berakhir pemerintahan bani Saljuk, muncul seorang pahlawan Islam sekitar tahun 560 Hijrah bernama Nurruddin Zunky menyambung usaha Nizamul Muluk memajukan ilmu pengetahun dengan mendirikan sekolah di Damsyik dan seluruh kota Syria. Sekolah yang
paling masyhur pada masa itu ialah sekolah An Nurriyyah Al Kubra dibina
dlam tahun 563 Hijrah .Sekolah ini masyhur kerana terdapat
berbagai-bagai kemudahan untuk para guru, para pelajar dan orang
ramai.Ia dilengkapi dengan masjid untuk untuk para penghunisekolah dan
juga orang ramai, dewan untuk mengadakan kelas perbincangan, bilik-bilik
guru, asrama pelajar dan tempat tinggal pekerja sekolah seperti
buruh-buruh, jaga dan juga warden.Sekolah ini khusus untuk ilmu
pengetahun syariah Islam menurut mazhab Imam Abu Hanifah An Nukman. Wallahhua`lam.
No comments:
Post a Comment