Pendidikan
Pendidikan merangkumi proses pengajaran dan pembelajaran
kepakaran khusus, dan juga sesuatu yang tidak dapat dilihat tetapi lebih
mendalam: pemberian pengetahuan, pertimbangan dan kebijaksanaan. Salah satu
asas matlamat pendidikan adalah untuk mengajar kebudayaan melangkaui generasi.
Secara Logis
Pendidikan berawal sejak dalam kandungan sampai
mati.Pendidikan sangat penting di masa yang akan datang dan membantu dalam
mencari pekerjaan.
Pendidikan mungkin bermula sebelum lahir seperti diharap
oleh sesetengah penjaga yang memainkan muzik dan membaca kepada bayi dalam
kandungan dengan harapan ia akan berkesan (mengajar) bayi mereka sebelum
kelahiran.
Sesetengah yang lain, pergelutan dan kejayaan kehidupan
seharian adalah lebih bererti daripada persekolahan rasmi. Seperti kata Mark
Twain: "Saya tidak pernah mengizinkan persekolahan menjejaskan pendidikan
saya."
Ahli keluarga mempunyai kesan pembelajaran yang amat
mendalam -- sering kali lebih mendalam dari yang disedari mereka -- walaupun
pengajaran ahli keluarga berlaku secara tidak rasmi.
Kini, komputer banyak memainkan peranan yang penting
dalam pendidikan, sama ada sebagai alat bantu mengajar (Internet dan CD-ROM)
atau pun melalui pendidikan atas talian (pendidikan jarak jauh).
Pendidikan merupakan salah satu aspek yang terpenting
dalam sesebuah Negara. Pendidikan
dilihat mampu mengubah negara kepada tahap yang lebih baik dari segi peni
ngkatan ekonomi, budaya, politik, sosial, dan sebagainya. Dengan pendidikan kehidupan manusia boleh
berubah dalam sekelip mata. Pendidikan
juga merupakan asas penting kepada setiap individu. Pelbagai usaha yang telah dan akan
dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam sesebuah Negara bagi memastikan semua rakyatnya menerima
pendidikan.
Justeru itu, apakah yang dimaksudkan dengan
pendidikan? Perkataan pendidikan
mempunyai tafsiran yang pelbagai dan sentiasa berubah mengikut peredaran zaman,
tujuan dan tugasnya. Di sini akan
dihuraikan beberapa maksud pendidikan yang telah dikemukakan oleh beberapa ahli
falsafah dan tokoh ilmuan dari Barat
pandangan Barat dan Islam
Swift D.F di dalam bukunya “ Sociology of Education”
menghuraikan pendapat-pendapat yang dikemukakan oleh beberapa orang
sarjana dan Ilmuan dari Barat berkenaan
dengan pendidikan. Antaranya ialah, Plato
berpendapat, pendidikan ialah suatu proses untuk membentuk individu yang
berakhlak mulia. Beliau menyokong
pendapat Socrates bahawa tujuan pendidikan ialah member latihan moral
kewarganaegaraan yang baik. Menurut
Aristotle pula, pendidikan ialah ilmu yang bersifat etikal dan politikal. Mengikut beliau, tujuan pendidikan ialah
memberikan setiap warganegara peluang untuk mencapai kebahagiaan hidup.
John McDonald menghuraikan perbezaan pendidikan diantara
masyarakat primitif dengan masyarakat moden.
Pengertian pendidikan dalam masyarakat primitif ialah latihan vokasional
dan pelajaran adat resam, kepercayaan serta cara sembahyang, dismapaikan
melalui tunjuk ajar dengan secara tidak langsung daripada keluarga dan
pergaulan dengan orang dewasa. Manakala
pengertian pendidikan bagi masyarakat moden pula merupakan latihan khusus menguasai kemahiran dan memperolehi ilmu
pengetahuan yang penting untuk kehidupan disampaikan melalui pengajaran secara
langsung daripada guru yang berilmu tinggi serta mempunyai kemahiran mengajar.
John Dewey pula mengatakan bahawa pendidikan adalah satu
proses perkembangan individu. Mengikut
beliau, pendidikan merupakan usaha mengatur ilmu pengetahuan untuk menambahkan
lagi pengetahuan semula jadi yang ada padanya, supaya dapat hidup dengan lebih
berguna dan lebih selamat lagi.
Atan Long pula di dalam bukunya bertajuk “Psikologi
Pendidikan” memuatkan di dalamnya beberapa pandangan mengenai pendidikan yang
telah dikemukakan oleh beberapa sarjana dan ilmuan Islam. Antaranya ialah; Syed
Muhammad Qutb menyatakan bahawa pendidikan adalah proses membentuk manusia
secara menyeluruh dan seimbang. Menurut
beliau, tujuan utama pendidikan ialah untuk memperkembangkan potensi intelek,
fizikal, emosi dan rohani manusia kea rah tahao kesempurnaan.
Amar al-Shaibani berpendapat pendidikan adalah digunakan
untuk melatih manusia membuat persiapan bagi kehidupan dunia dan akhirat. Menurut al-Ghazali pula, proses pendidikan
hendaklah merangkumi aspek intelek latihan jasmani serta pembinaan akhlak yang mulia,
berani dan hormat - menghormati.
Firman Allah di dalam Surah Al-Alaq ayat 1 yang bermaksud
: “Bacalah!!! Dengan Nama Tuhanmu yang menjadikan”, jelas menunjukkan betapa
peri pentingnya pendidikan kepada setiap umat manusia dengan tidak mengira
jantina, agama, budaya, umur, keturunan dan sebagainya Begitu juga dengan sabda Nabi Muhammad SAW
yang bermaksud : “Menuntut ilmu itu wajib bagi bagi setiap lelaki dan
perempuan”, jelas memberitahu kepada kita bahawa setiap orang tidak kira lelaki
atau perempuan dikehendaki menuntut ilmu atau dalam erti kata lainnya mempunyai
pendidikan.
Sharifah Alwiyah Alsagoff menghuraikan di dalam bukunya
“Falsafah Pendidikan” pengertian
pendidikan sebagai satu proses atau aktiviti yang berikut:-
·
Pendidikan sebagai proses persekolahan formal.
· Pendidikan
sebagai proses latihan.
·
Pendidikan sebagai proses perkembangan fizikal, intelek, social dan
emosi seseorang individu.
·
Pendidikan sebagai proses indoktrinasi dengan tujuan agar pelajar akan
mempercayai apa yang disampaikan.
· Pendidikan sebagai proses yang
berterusan untuk kemajuan individu
seumur hidup.
·
Pendidikan sebagai aktiviti yang bersepadu untuk mencapai matlamat
seperti memperolehi kemahiran pengetahuan dan sikap dengan secara integrasi.
· Pendidikan
sebagai satu disiplin, seni dan sains.
Mok Soon Sang di dalam bukunya “Pendidikan di Malaysia”
merumuskan bahawa pendidikan ialah suatu proses atau aktiviti yang berusaha
untuk memperkembangkan fizikal, intelek,
social dan emosi seseorang individu serta menambahkan kemahiran, kebolehan,
pengetahuan dan pengalaman supaya dapat member kegembiraan, faedah dan kemajuan
dalam kehidupannya, membantu dan mendorongnya bertindak dengan cara yang lebih
sihat bagi faedah diri sendiri serta masyarakat, bangsa dan negaranya.
Menurut Anuar Ahmad (UKM), sesetengah orang tidak dapat membezakan antara pendidikan asas
dan pendidikan menengah. Pendidikan
asas adalah satu konsep yang besar dan luas.
Tanpa mengira usia atau ruang, pendidikan asas boleh sahaja bermula sama
ada di peringkat sekolah rendah, menengah, universiti atau usia tua. Pendidikan asas yang dimaksudkan ialah satu
komponen ilmu yang diberikan kepada individu meliputi asas-asas kehidupan sama
ada sebagai seorang individu manusia atau sebagai ahli dalam sesebuah
Negara. Seringkali pendidikan asas
dikaitkan dengan akronim 3M (membaca, menulis dan mengira). Sebenarnya pendidikan asas juga meliputi soal
pendidikan kesihatan dan penjagaan diri, kemahiran komunikasi dan berinteraksi
serta berkaitan dengan pembangunan moral dan agama.
Kesimpulannya, pendidikan berupaya mengubah corak
kehidupan seseorang ahli dalam sesebuah Negara.
Melalui pendidikan juga dapat membentuk masyarakat yang berakhlak
tinggi, berpengetahuan luas, bijaksana dalam membuat keputusan, dan tegas dalam
mengendalikan emosi seterusnya dapat memacu kegemilangan dan kecemerlangan
sesebuah Negara.
Rujukan
Atan Long (1976-1978), Psikologi Pendidikan, Dewan Bahasa
dan Pustaka, Kuala Lumpur
Mok Soon Sang (1991), Pendidikan Di Malaysia, Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd, Kuala Lumpur
Sharifah Al-sagoff (1985), Sosiologi Pendidikan,
Heinmann(Malaysia) Sdn.Bhd. Petaling Jaya
Swift, D.F (1969-1973), The Sociology of Education,
Routledge & Keagan Paul, London
No comments:
Post a Comment