PERJUANGAN RASULULLAH S.A.W. SEBAGAI PESURUH ALLAH S.W.T UNTUK MENEGAKKAN SYIAR ISLAM
Nabi
Muhammad s.a.w selaku makhluk terpilih dan contoh terbaik kepada semua
umat Islam di muka bumi ini bukanlah calang-calang orangnya sehingga
sanggup dan mampu melakukan satu perjuangan yang begitu besar dan hebat.
Perjuangan beliau untuk menegakkan agama Islam di kalangan masyarakat
Jahilliyah yang sudah jauh terpesong dari jalan yang benar bukanlah
perkara mudah,dan ianya menuntut pengorbanan dari segi mental,spiritual
dan rohaniah. Atas perlindungan dan pimpinan dari Allah s.w.t. ,
semuanya dapat diatasi oleh pejuang terulung Islam ini.
Perjuangan Rasulullah S.A.W.
Perjuangan
Rasulullah S.A.W. untuk menegakkan syiar Islam bermula setelah baginda
dilantik menjadi Rasul. Kerasulan baginda berlaku selang 40 hari setelah
baginda menerima wahyu pertama yang menandakan baginda telah dilantik
manjadi nabi. Baginda menerima wahyu pertama pada malam 17 Ramadhan
tahun 41 dari umur baginda melalui perantaraannya,iaitu malaikat Jibril
a. s. ketika baginda di Gua Hira` yang terletak di Jabal
An-Nur,kira-kira 6 batu jauhnya dari kota suci Mekah. Mengikut pendapat
ustaz Muhammad Farid Wajdi,pemergian nabi Muhammad S.A.W. berulang-alik
ke Gua Hira` terutamanya ketika usia baginda mendekati 40 tahun
semata-mata untuk tahannus. Maksud tahannus ialah tabarrur. Tabarrur
pula bererti berbuat bakti. Ahli-ahli sejarah pertama seperti Ibnu
Hisyam di dalam Siratun Nabi menyebut asal perkataan tahannus ialah dari
kalimah tahannuf dan tahannuf itu dari hanif,iaitu mendekatkan diri
kepada Allah dengan mengikuti agama Ibrahim. Ini jelas menunjukkan
kepada kita bahawa baginda mempunyai maksud tertentu terutamanya dalam
usaha baginda untuk memantapkan jiwa serta mengumpul dan membulatkan
fikirannya yang kian hari bergolak.
Pemilihan Gua Hira` adalah
amat bertepatan dengan usaha baginda untuk memantapkan jiwa baginda agar
tidak merasa gentar dan melenyapkan rasa takut serta melatih diri
baginda hidup dalam kesusahan. Melalui perkara sebeginilah baginda mampu
melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada
Rasulullah S.A.W. sebagai penolong dan pemimpin seluruh alam yang luas
ini. Susah payah baginda untuk sampai dan berada di Gua Hira` ini
bolehlah dianggap sebagai perjuangan batin baginda dan ianya merupakan
titik tolak bagi perjuangan-perjuangan yang lebih besar pada masa-masa
yang akan datang.
Setelah beberapa ketika lamanya menghilangkan
diri,Malaikat Jibril a. s. datang menemui Rasulullah S.A.W. buat kali
kedua di dalam bentuk rupanya yang asal yang memenuhi segala ruangan di
antara langit dan bumi,dan dengan segera melaungkan kata-kata yang
berbunyi seperti berikut:
Maksudnya:”Wahai Muhammad!Sekarang ini engkaulah Rasulullah dan
aku adalah Malaikat Jibril!”
Nabi
Muhammad S.A.W. pun segera pulang ke rumah kerana terlalu terkejut dan
menyuruh isteri baginda,iaitu Saiditina Khadijah menyelimutinya.
Lalu,Malaikat Jibril a. s. datang membacakan wahyu:
Maksudnya:”Wahai orang yang berselimut! Bangunlah dan peringatkanlah
(manusia). Dan Tuhan engkau,hendaklah engkau besarkan.
Dan pakaian engkau,hendaklah engkau bersihkan. Dan
perbuatan dosa,hendaklah engkau tinggalkan. Dan janganlah
engkau banyak memberi(kerana hendak) mendapat(balasan)
yang lebih banyak. Dan kerana(memenuhi perintah) Tuhan
engkau,hendaklah engkau bersabar. ”
(Al-Mudaththir:1-7)
Dengan
turunnya ayat ini,ini manandakan secara resminya Nabi Muhammad S.A.W.
menjadi Rasulullah untuk menerima dan melaksanakan segala titah perintah
Allah S.A.W. dan sebagai rahmat kepada sekalian manusia,jin serta
seluruh alam yang terbentang luas ini. Ianya sebagai mana yang
terkandung dalam firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
Maksudnya:”Dan tidak Aku utuskan engkau(Muhammad) melainkan
sebagai rahmat kepada seluruh alam. ”
Oleh
kerana itu,adalah menjadi tugas dan tanggungjawab baginda Rasulullah
S.A.W. membawa risalah yang amat besar ini,iaitu risalah tauhid kepada
seluruh umat manusia agar mereka tunduk menyerah dan menghambakan diri
di bawah keesaan Allah S.A.W. Risalah tauhid inilah yang diperjuangkan
hingga ke hayat akhir Rasulullah S.A.W. Kini,kesan daripada perjuangan
murni Rasulullah ini boleh dilihat di seluruh alam ini,iaitu umat Islam
terdapat di merata sudut dunia.
Pendekatan Rasulullah S.A.W.
Perjuangan
Rasulullah S.A.W. dalam menegakkan kalimah tauhid bolehlah dikaitkan
dengan gerakan dakwah dan jihad baginda. Hal ini boleh diperhatikan
melalui firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
Maksudnya:”Hai Rasul,sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dari
Tuhanmu. Dan jika kamu tidak kerjakan(apa yang diperintah
-kan itu)kamu tidak menyampaikan risalahNya,padahal
Allah memelihara kamu dari(gangguan)manusia. Dan Allah
Tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir. ”
(Al-Maidah:67)
Islam
adalah agama wahyu,agama risalah yang merupakan pesan ketuhanan yang
mesti disampaikan kepada segenap lapisan umat manusia. Islam tidak sama
dengan agama lain,yang merupakan agama budaya. Islam adalah satu-satunya
agama yang diperakui Allah S.W.T sebagai agama yang benar. Islam adalah
agama dakwah di mana semua umat Islam berkewajipan mengajak manusia
dengan segala macam cara dan media,agar menerima kebenaran agama
Allah,meyakini dan mengamalkan dalam segala aspek kehidupan.
Di
dalam hal ini,Said Ramadan Al-Buti dalam bukunya Fiqh Al-Sirah menyebut
bahawa Rasulullah S.A.W. di dalam usahanya untuk berdakwah,baginda telah
melalui beberapa peringkat yang berlainan,iaitu:
Peringkat pertama:seruan secara sulit memakan masa tiga tahun.
Peringkat kedua :seruan secara terang-terangan tanpa kekerasan berjalan
sehingga berlakunya Hijrah.
Peringkat ketiga :dakwah secara terang-terangan menggunakan senjata
untuk mempertahankan diri berjalan hingga pembukaan
Tanah Suci Mekah.
Peringkat kempat :dakwah secara terang-terangan dan mengangkat senjata
terhadap mereka yang cuba menghalang perjalanan
dakwah. Dalam peringkat inilah dipraktikkan syariat-syariat
Islam dan perintah jihad pun diturunkan.
Secara
ringkasnya,peringkat pertama dan kedua merupakan peringkat dakwah
baginda di Mekah dan dua peringkat seterusnya adalah semasa baginda
berada di Madinah.
a)Peringkat awal:dakwah di Mekah
Pada
peringkat awalnya,dakwah Rasulullah di Mekah berlaku secara sulit.
Langkah pertama baginda,ialah untuk menyebarkan Islam kepada mereka yang
paling hampir kepada baginda sahaja. Pada mulanya,risalah tauhid ini
disampaikan kepada isteri baginda sahaja iaitu Saidatina Khadijah yang
muncul sebagai orang yang pertama memeluk agama Islam. Kemudiannya
diikuti dengan Ali bin Abi Talib,Zaid bin Harithah yang merupakan orang
suruhan dan anak angkat nabi,Abu Bakar bin Quhafah, Uthman bin
Affan,Al-Zubair bin Awwam,Abdul Rahman bin Auf,Saad bin Abi Waqqas dan
lain-lain lagi.
Dakwah ini dirahsiakan sehingga memeksa
Rasulullah dan umat Islam yang lain terpaksa ke gua-gua dan
lereng-lereng bukit untuk menunaikan sembahyang bersama
sahabat-sahabatnya supaya tidak dilihat oleh orang lain. Pada,suatu
hari,perbuatan Rasulullah ini telah dilihat ole Abu Talib,iaitu bapa
saudara baginda,lalu ia bertanya kepercayaan baru apakah yang telah
dianuti olehnya. Rasulullah S.A.W. menjawab bahawa ini adalah agama
neneknya,Ibrahim. Lantas Abu Talib,berkata,walaupun ia tidak menerima
agama ini,tetapi ia membenarkan Rasulullah S.A.W. menganutnya dan akan
terus melindunginya.
Ketika pemeluk agama Islam meningkat kepada
tiga puluh orang lelaki dan perempuan,Rasulullah S.A.W. memilih suatu
tempat yang agak terpencil iaitu di rumah Al-arqam Bin Abi Al-Arqam. Di
situ,baginda menyampaikan seruan Islam dan tunjuk ajar baginda.
Kemudian,pengikut agama Islam meningkat kepada empat puluh orang dan
kebanyakkannya terdiri daripada golongan fakir miskin dan hamba sahaya
yang tidak mempunyai tempat di masyarakat Quraisy.
Hikmat dakwah
secara sulit adalah untuk memastikan mereka yang memeluk Islam ini
benar-benar cenderung dan minat kepada seruan dakwahnya. Ini adalah
pengajaran kepada pendakwah di masa yang akan datang supaya sentiasa
berhati-hati dan berwaspada ketika menjalankan tugas dan mengkajinya
untuk sampai ke matlamat dan tujuan utama dakwah.
Setelah tiga
tahun dakwah secara sulit ini berlaku,maka Allah S.A.W. menurunkan
perintah supaya dakwah ini dijalankan secara terang-terangan,
sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud:
Maksudnya:”Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala
apa yang diperintahkan(kepada kamu) dan berpalinglah
dari orang-orang musyrik. ”
Menyahut
seruan Allah S.W.T. ini,perkara pertama yang baginda lakukan ialah
dengan mengumpul Bani Fihr dan Bani Adi di atas bukit Safa. Kesemua
mereka hadir,dan bagi yang tidak hadir dihantarkan wakil bagi mewakili
mereka. Kemudian Rasulullah S.A.W. pun berkata:”Sesungguhnya aku ini
pembawa berita yang menakutkan iaitu di hadapanku ini suatu azab
sengsara yang paling hebat. ” Abu Lahab yang turut menghadiri perjumpaan
itu pun bangun lalu berkata “Binasalah engkau ini Muhammad,apakah untuk
ini saja yang engkau kumpulkan kami?”Kemudian turunlah ayat Al-Quran
iaitu surah Al-Masad. Selepas itu,baginda menggunakan pendekatan yang
telah di tunjuk ajarkan kepadanya oleh Allah S.W.T. dalam firmanNya:
Maksudnya:”Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang
terdekat. Dan rendahkanlah dirimu terhadap orang-orang
yang mengikutimu iaitu orang-orang yang beriman. ”
(Al-Syu`ara:14&15)
Sebagai
menyambut seruan Allah di atas,rasulullah s.a.w. telah mengumpul kaum
kerabatnya seperti Ka`b bin Luai,Bani Murran bin Ka`b,Bani Hasyim, Bani
Abdul Manaf,Bani Abdul Mutalib serta anaknya Fatimah dan menyeru mereka
selamatkan mereka dan hindarkan diri mereka dari api neraka. Namun
seruan baginda mendapat reaksi negatif dari kaum kafir Quraisy. Baginda
menerangkan kepada mereka di mana berhala yang diperbuat daripada batu
itu yang kemudiannya disembah itu langsung tidak memberi faedah dan
menbahayakan mereka.
Akibat daripada kecaman Rasulullah S.A.W.
terhadap berhala dan penyembahannya,baginda telah ditentang secara
habis-habisan oleh kafir Quraisy kecuali mereka yang memeluk Islam serta
bapa saudaranya iaitu Abu Talib. Mereka inilah yang mempertahankan
rasulullah s.a.w. dari serangan
kafir Quraisy. Kafir Quraisy
menentang dengan menghina dan mengejek baginda. Namun itu tidak sedikit
pun melunturkan semangat baginda untuk menyebarkan Islam,dan ini
menunjukkan betapa kuatnya jati diri dan kesabaran yang dimiliki oleh
Rasulullah S.A.W. Di antara penghinaan-penghinaan yang dilemparkan
kepada Rasulullah S.A.W. ialah:
1. Mereka mencampakkan duri-duri yang tajam di jalan yang dilalui oleh Rasulullah S.A.W. dan ketua-ketua masyarakat yang lain.
2. Kafir Quraisy membuat bising ketika baginda bersolat.
3. Perut-perut binatang yang kotor serta jijik diletakkan di belakang baginda ketika baginda sedang sujud.
4. Leher Rasulullah S.A.W. diikat dan dijerut sehingga terbeliak matanya.
5. Najis binatang yang jijik lagi kotor dilemparkan ke pintu rumah baginda.
Namun
semua tentangan itu gagal untuk menghalang baginda daripada meneruskan
perjuangan baginda untuk menyebarkan agama Islam. Kemuliaan akhlak
baginda dan keimanan yang teguh telah menenangkan beliau.
Apabila
penghinaan dan ejekan tidak meninggalkan kesan,helah secara lembut dan
halus pula digunakan oleh kafir Quraisy. Diantaranya ialah,mereka
mengemukakan tawaran seperti harta benda dan kekayaan,kepimpinan atau
akan dilantik sebagai raja sekiranya baginda sanggup meninggalkan
perjuangannya sebagai mana yang tercatat dalam cadangan-cadangan yang
dikemukakan oleh Uthbah bin Rabia ketika beliau dihantar menemui
Rasulullah S.A.W.
Penindasan ini bukan sahaja ditujukan kepada Rasulullah S.A.W sahaja,malahan sesiapa saja dari pengikut-pengikutnya,contohnya:
1.
Bilal bin Rabah dihumbankan ke atas pasir yang panas terik dan seketul
batu yang besar diletakkan ke atas dadanya,namun lidahnya sentiasa
menyebut perkataan “Ahad,Allah Ahad. ”
2. Ammar bin Yasir dilemparkan
di atas pasir yang panas dan dipukul hingga pengsan. Keluarganya
dicampak ke air dan dipaksa baring di atas besi yang panas membara.
Ibunya Sumaiyah dibunuh oleh Abu Jahal.
3. Zunairah,seorang hamba
perempuan yang bekerja di rumah Saidina Omar,telah dibelasah hingga buta
kedua belah matanya oleh Abu Jahal.
Peristiwa Israk dan Mikraj
pula telah memberi kekuatan baru kepada Rasulullah dan para pengikutnya.
Bai`ah(ikrar) yang diberikan oleh kaum Ansar juga membuka medan
perjuangan yang baru,dan turunnya wahyu yang membayangkan keizinan
berhijrah ke Madinah:
Maksudnya:”Sesungguhnya mereka yang beriman dan berhijrah serta
berjihad dengan harta dan nyawanya pada jalan Allah……”
(Al-Anfal:72)
b)Peringkat kedua:Dakwah di Madinah.
Rasulullah
S.A.W. pun berhijrah ke Yathrib atau nama barunya Madinah dengan para
pengikut baginda pada 1 Muharram. Di Madinah,usaha pemantapan akidah dan
dakwah berlaku secara aman. Baginda juga telah mengambil beberapa
langkah ke arah perubahan baik dari segi sosio-budaya,politik mahu pun
kenegaraan. Diantara langkah-langkah itu ialah:
1.
Mempersaudarakan orang-orang Ansar dan Muhajirrin di mana orang-orang
Ansar bukan setakat melindungi keselamatan orang-orang Muhajirrin malah
memberi tempat tinggal,harta benda,isteri dan lain-lain lagi.
2.
Melaksanakan syariat dengan turunnya perintah berpuasa,zakat dan haji.
Rasulullah S.A.W. juga berpeluang mendirikan masjid-masjid seperti
masjid Qubaa` dan masjid An-Nabawi sebagai tempat ibadat,pendidikan dan
pengajaran,juga sebagai tempat pentadbiran hal negara Islam.
3.
Membentuk Perlembagaan Madinah(Sahifah Madinah),dimana orang Islam bebas
menjalankan seruan Islam di sekitar Madinah. Dengan wujudnya
Perlembagaan Madinah,maka terbentuklah negara Islam yang pertama iaitu
Madinah dengan Nabi Muhammad S.A.W. sebagai ketua negara.
Namun begitu,Rasulullah S.A.W. masih tetap menghadapi masalah dari empat golongan manusia yang lain,iaitu:
1.
Golongan Mu`aahid(golongan yang berdamai) iaitu golongan Yahudi yang
membuat perjanjian dengan baginda dalam Perlembagaan Madinah.
2. Golongan Kafir Musyrik iaitu kaum Quraisy dan pemerintah Mekah yang bermusuh dengan mereka.
3.
Golongan Munafiqin(pura-pura Islam) iaitu penduduk Madinah yang
melakukan gerakan bawah tanah untuk menghancurkan pemerintahan
Rasulullah S.A.W.
4. Golongan atas pagar iaitu golongan yang mengambil peluang dengan menyokong pihak yang lebih kuat.
Selepas
sekian lama,berlakulah beberapa peperangan yang kebanyakkannya dipimpin
oleh baginda dan membawa kejayaan kepada Rasulullah S.A.W. seperti
kejayaan baginda membuka negara Islam yang pertama di dunia iaitu
Madinah Al-Muwarrah.
Faktor-faktor Kejayaan Rasulullah
Diantara faktor-faktor kejayaan Rasulullah S.A.W. ialah:
1.
Kesabaran dalam menjalankan seruan Allah S.W.T. Rasulullah S.A.W.
merupakan model Islam terbaik bagi semua umat Islam di dunia ini.
2.
Istiqamah dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya
oleh Allah S.W.T. untuk menyebarkan agama Islam kepada seluruh umat
manusia.
3. Sifat kepimpinan baginda yang bijak di dalam membuat keputusan.
4.
Akidah yang mantap menjadikan Rasulullah S.A.W. dan
pengikut-pengikutnya sentiasa bersemangat waja dan tidak takut
menghadapi tentangan dari Kafir Quraisy.
5. Sentiasa mendapat
bimbingan,petunjuk dan pertolongan dari Allah S.W.T. Malahan sebagai
kekasih Allah S.W.T. ,doa baginda sentiasa dimakbulkan oleh Allah S.W.T.
6.
Akhlak baginda yang tidak sukakan kekerasan. Baginda sendiri tidak
pernah menindas orang lain dengan keistimewaan yang ada padanya. Baginda
juga tidak pernah berlebihan dalam percakapan dan tidak pernah menghina
sesiapa. Sebaliknya,baginda tunduk sabar terhadap segala penganiayaan
yang dilakukan oleh orang lain kepadanya.
Kesimpulan
Rasulullah
S.A.W. merupakan manusia terunggul yang pernah wujud di dunia ini.
Tidak ada siapa pun yang mampu yang mampu menandingi kehebatan baginda
sehingga mampu membangunkan agama yang mulia ini. Semangat perjuangan
baginda seharusnya dicontohi oleh semua umat Islam di dunia ini. Oleh
itu,kita sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W. seharusnya mencontohi
semangat baginda untuk berdakwah dan mengikuti sunnahnya agar kita akan
menjadi manusia yang dirahmati dan diberkati Allah S.W.T.